PENGENALAN RUMAH PANJANG LUBOK


PENGENALAN KAMPUNG LUBOK



Melalui jalan cerita yang diceriatakan oleh ex.Tr. James Duang anak Talai, Rumah panjai Lubok berasal dari nama sebatang sungai (Sungai Bakong). Sungai tersebut mempunyai satu tempat sangat besar dan dalam yang dipanggil lubok bagi orang Iban di sekitar tersebut. Mengikut cerita, lubok tersebut juga didiami oleh seekor buaya kenyulung atau dipanggil buaya keramat (Tua). Oleh itu, nama tempat tersebut dipanggil Lubok Tua Mara. Orang yang memelihara buaya tersebut adalah bernama Mara. Beliau dahulu dikatakan seorang yang miskin. Tetapi setelah beliau melakukan upacara ritual “miring” yang tidak diketahui namanya, kehidupan beliau semakin senang sehingga menjadi kaya tetapi kedekut dengan orang di rumah panjang tersebut. Oleh itu, dia digelar orang sekitar “orang kaya enchadi” dalam bahasa Iban. Salah seorang penduduk di tempat tersebut yang tinggal berdekatan dengannya iaitu Ugu sebagai pengasuh beliau untuk melakukan upacara ritual di Tembawai Entubung. Seorang lagi penduduk yang sama menempat di Tembawai Entubung iaitu Ukah yang digelar “Bunga Rengas"


BUAYA KENYULUNG

Jarak Rh. Lubok dari Pekan Debak dalam anggaran 2.4km. Rumah panjang tersebut dihuni seramai 20 keluarga. Majoriti pekerjaan di rumah panjang tersebut adalah sebagai petani, pekerja kerajaan dan swasta. Penduduk di rumah panjang Lubok dahulu hanya menggunakan perahu melalui Sungai Bakong dan jalan kaki untuk pergi ke pekan Debak sebelum ada jalan menggunakan kereta ke rumah kami. Laluan jalan kaki yang kami gunakan adalah melalui belakang Pekan Debak lalu turun melalui tepi padang sekolah SK.Datuk Bandar dan terus menggunakan jambatan yang menghubungkan jalan pergi ke rumah kami dengan Kampung Melayu menyemberangi Sungai Rimbas. Selain daripada kami juga terdapat penduduk rumah panjang lain yang menggunakan jambatan gantong untuk menyemberangi Sungai Rimbas iaitu Rumah Panjang Suri dan Bangkit. Jambatan ini terletak berdekatan dengan rumah Haji Abg Ato. Selepas melalui jambatan, jalan menuju ke rumah kami menyimpang ke kebun getah Cina Bungko iaitu suami Sibui lalu terus menggunakan jalan paya Bakong.
Jalan terus melalui kebun getan kepunyaan orang Melayu. Dari situ kita akan menjumpai sesuatu tempat yang diberi nama Tembawai Pauh lalu jalan terus menuju ke satu tempat yang disebut Tembawai Pitan. Selepas melalui dua tempat tersebut, kami menggunakan satu titi menggunakan kayu untuk menyemberangi Sungai Bakong. Selepas menyemberang Sungai Bakong, kami terus melalui jalan sawah padi lalu sampai di tempat yang dipanggil Munggu Rebah. Kami terus melalui tempat berpaya yang dipanggil Paya Engkala dan terus sampai di kaki bukit Tinting Bangkit yang sekarang tempat kami rumah panjang bertapak sekarang ini setelah beberapa kali berpindah randah dari pertama kali rumah kami ditubuhkan. Sekarang lebih mudah lagi kerana sekarang kami sudah mempunyai jalan sendiri yang dapat digunakan untuk kenderaan masuk sehingga sampai ke rumah yang terletak di jalan Debak-Spaoh.


NAMA PENDUDUK YANG PERNAH MENJADI KETUA RUMAH PANJANG LUBOK
NAMA
TAHUN
BANSA ANAK UBU
?
GAMBANG
?
JELMIN ANAK GAMBANG
?
EMBUYANG ANAK TANGKUNG
Sehingga 10/09/1948
SALAT ANAK JELMIN
1948-1954
GARA ANAK JELMIN
1954-1958
GARIT ANAK LEMAN
1958-1968 kali ke-2 (1976-2002)
JAMES DUANG ANAK TALAI
1968-1976
PHILIP MUJAH ANAK GARIT
2002-2012
MAKOS ANAK GARIT
2012 (sehingga sekarang)

No comments:

Post a Comment