PRODUK YANG DIHASILKAN OLEH RUMAH PANJANG LUBOK
Setiap
rumah panjang perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua produk atupun hasilan yang
dapat menjana kepada pendapatan ekonomi sesebuah rumah panjang. Perkara ini
supaya untuk menjamin keselesaan dan kesejahteraan rumah panjang pada masa yang
akan datang. Dekat rumah panjang kami banyak produk yang dapat kami hasilkan
melalui hasil pertanian dan penternakan ataupun lebih dikenali sebagai
“agriculture”. Melalui hasil pertanian, kami telah menubuhkan banyak pertanian
sendir seperti kebun getah, lada hitam, sawah padi dan lain-lain. Sekarang ini
kami juga sedang berusaha untuk mengusahakan ladang kelapa sawit supaya
pendapatan isi rumah bertambah dalam memajukan rumah panjang kami.
Selain
itu juga, kami ada menanam sayur-sayuran di kawasan rumah panjang untuk tujuan
perniagaan dan kegunaan sendiri. Sehubungan dengan itu juga, saya sendiri
menjadi peserta kepada RNEP(Rubber Nursery Entrepreneurship Program). Dalam
program ini, s aya membekalkan anak getah cantuman atau dikenali sebagai getah
kawin dalam dua kaedah iaitu BRS dan dalam “Polybag”. Semua baka-baka getah
yang kami sediakan akan dihantar ke ladang-ladang yang dipantau oleh Jabatan
Pertanian. Harga satu baka getah dalam bentuk BRS ialah RM2.90 dan dalam
“Polybag” adalah RM6.20.
Tapak baka getah yang saya usahakan
Getah-getah yang baru disemaa getahi untuk dijadikan bak
Cara "budding" yang bagus dan tidak bagus
Pokok getah kawin yang sudah matang
Cara menoreh getah yang betul
Getah beku
Melalui
aktiviti penternakan, kami juga banyak memelihara haiwan ternakan seperti ikan,
khinzir, ayam, itik dan lain-lain. Semasa ada perayaan ataupun majlis seperti
perkahwinan dan kematian, kami selalu menggunakan haiwan ternakan kami sendiri
bagi kegunaan majlis tersebut. Di samping itu juga, kami juga ada menjual hasil
ternakan kami kepada orang rumah lain untuk menjana pendapatan kami.
Ternakan ayam kampung
Ternakan itik
Ternakan khinzir
Ternakan ikan talapia
No comments:
Post a Comment