AKTIVITI RUMAH PANJANG
Tiap-tiap tahun, rumah panjang kami banyak mngadakan aktiviti
yang memberi moral kepada modal insan yang menjadi pemacu kepada kemajuan ruamh
panjang kami pada masa yang akan datang. Sebagai contoh, kami selalu mengadakan
aktiviti gotong-royong seperti membersihkan kawasan halaman rumah dan jalan
yang menuju ke rumah panjang kami. Kami menggunakan racun sebagai bahan untuk
membunuh semua lalang-lalang yang tumbuh di sekitar kawasan rumah dan tepi
jalan yang meuju ke kawasan rumah. Kami juga membersihkan kawasan sungai di
kawasan kami supaya air sungai di jalan kami mengalir dengan tenang.
Di samping itu juga, kami juga tidak melupakan kraftangan
tradisi kami yang sejak dahulu diamalkan oleh nenek moyang kami seperti
aktiviti menyulam, menganyam dan lain-lain. Sebagai contoh, kami menyulam
manik, menganyam tikar yang dipanggil tikar bemban melalui sebatang tumbuhan
yang dipanggil bemban bagi kami orang Iban. Kami juga selalu membuat bunga
menggunaka straw yang dipanggil “bunga straw” sebagai hiasan rumah.
KRAFTANGAN
BUNGA STRAW
KRAFTANGAN
MANIK SULAMAN
KRAFTANGAN
TIKAR ANYAMAN
KRAFTANGAN
BAKUL ANYAMAN
Semasa hari perayaan khususnya pada Hari Gawai, kami juga
bergotong-royong antara satu sama lain untuk menghias rumah supaya nampak
cantik dilihat oleh orang lain. Selain itu juga, kami mengadakan aktiviti
pertandingan seperti aktiviti bola sepak, melontar peluru seberat 5kg, berlari
membawa lilin dan lain-lain. Tidak lupa juga pada tradisi, kami selalu
mengadakan aktiviti nyumpit, ngajat, kuntau dan macam-macam yang berkaitan
dengan tradisi kami supaya benda ini tidak hilang ditelan zaman yang memacu kepada
bidang ICT.
TARIAN NGAJAT INDU IBAN
TARIAN
NGAJAT LAKI
NYUMPIT
No comments:
Post a Comment